A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Thursday 11 October 2012

Menggapai semula

Lama sudah aku tak jenguk blog ni, lama juga aku tak melemparkan kata-kata menghiasi blog ni. Kesibukan dengan kerja harian dan kelas separuh masa di malam hari tidak mengizinkan aku untuk ber blog sangat. Banyak masa dihabiskan berkerja dan belajar. Tidak kurang juga aku mula balik buat lukisan, cuba untuk berkarya semula seperti dahulu. Cuma sedihnya bakat yang semula jadi ini makin tumpul... mungkin ditelan usia dan pengalaman yang sia-sia. Baru kini aku terjaga dan bangun untuk mencapai semula impian lama aku. Aku pernah berkata pada diri sendiri berkali-kali suatu ketika dahulu; " Today I'm nobody, one day I'll be somebody." Tapi adakah kata-kata tersebut begitu jelas? Adakah jelas untuk aku membina jalannya dan adakah ianya logik untuk dicapai? Mungkin dahulu aku masih mentah, aku hanya sedap menyebut tanpa mengetahui akan cabaran dan implikasinya. Betul la orang kata, dulu masa kecil tak tahu apa itu bahaya, apa itu angan-angan, apa itu realiti. Kata-kata tersebut aku menyebut ketika aku berumur 9 tahun. Ketika aku tidak tahu akan dunia sebenar. Walaubagaimanapun, masih belum terlambat rasanya untuk aku bangun semula dan kejar semula impian aku. Kini aku jampak dengan jelas, bagaimana caranya dan apa yang perlu aku lakukan. Ini la sebabnya kenapa aku bertukar program pelajaran aku dari seorang grafik ke seni halus. Yup, I'm once a graphic designer in a graphic design field, but I've changed to Fine Art, in pursuit of my dream being an artist, a painter.

Semoga perjalan dipermudahkan ~ amin

Tuesday 18 September 2012

Pilihan...

Semester kedua untuk program master aku baru bermula. Tapi kali ni aku macam xpasti dengan apa yang aku kejar. Aku tak tahu sama ada aku dah penat atau muak dengan bidang yang aku ceburi sekarang ni dan aku mahukan sesuatu yang baru yang betul-betul sebati dengan aku. So aku decide bertukar dari graphic design ke fine art. Yup, fine art atau dalam Bahasa - Seni halus. Dulu mak aku pun study master in fine art jugak. Aku tak tau adakah memang dah ada dalam diri aku diwarisi atau memang minat yang semula jadi. Tapi dari apa yang aku lihat dan amati kehidupan aku hari-hari, banyak yang berkaitan dengan seni halus. Minat aku lebih ke seni halus. 

Sejak dua menjak ni pun aku sudah bermula semula memegang berus dan bermain dengan cat warna, melempar-lempar di canvas dan berkarya tanpa rasa di paksa dan terpaksa. Tidak seperti kerja hari-hari ku.

Maka aku pun bertukar kos subjek aku dari Graphic ke Fine Art. Semoga hijrah ini membawa lebih banyak erti dalam hidup aku.


Salah satu karya terbaru aku... aku ni berjiwa abstract dan abstract expresi adalah core aku. Dari dahulu hingga sekarang. Aku lebih suka meluahkan apa yang aku rasa dan perasaan aku dalam bentuk bastract. Adakala aku mencari erti dan memberi erti melalui karya aku. Sesuatu yang tidak dapat diluahkan oleh kata-kata maka aku meluahkan melalui karya aku. Ada yang memahami, ada yang tidak, ada yang keliru ada yang menemui sesuatu. Setiap penemuan itu adalah kepuasan aku terhadap ciptaan karya aku yang dipinjam ilham dari Nya. 

Tuesday 17 July 2012

Penat tapi berbaloi...

Sejak dua menjak (ceh ayat) dua tiga minggu ni merupakan minggu-minggu yang sangat sibuk bagi aku. Terkejar kesana sini. Mana satu nak buat assignment study, mana satu nak selesaikan hal kerja. Aku rasa macam stuck sangat-sangat. Sebulan dua ni jugaklah merupakan bulan diet poket aku kerana terlalu banyak beli buku untuk bahan bacaan research aku. Seriously, aku memang suka buku, suka membaca. Tapi kalau nak duduk buat research...itu memang kes berat sikit pada aku. Tapi sejak aku jadi student balik, sejak aku mula berjinak-jinak balik dengan pelajaran, buku, kelas. Aku akui, membaca itu adalah satu perkara yang boleh mematangkan kita dan boleh membuat kita yang seolah-olah kotak kosong terisi dengan penuh.

*buku-buku yang aku baru shopping untuk research aku...

Kelas pun so far, boooooooleh la....alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Pejam celik, sedar tak sedar dah nak habis semester dah pun. Sekejap je rasa. Mungkin dengan kesibukan yang ada membuatkan perjalanan study ni tak terasa lama sangat macam masa belajar full time diploma dan degree dulu. Tiap malam rabak mata aku mengadap buku dan buat research untuk thesis. Siang pula rabak mata mengadap monitor melayan kerja hakiki. Petang pula rabak lagi sekali untuk kelas... sampai bila satu tahap aku rasa macam dunia ni dah pekak. Satu apa pun aku tak boleh dengar. Aku tenggelam dalam dunia aku sendiri.

* sambil-sambil dengar lecturer lecturing, aku melayang entah ke mana.




buku nota kecil

Lama sudah aku tak menjenguk ruangan blog aku. Lama jugak aku tinggalkan semua perkara-perkara yang aku biasa buat. Semua kerana kesibukan kerja dan belajar. Alhamdulillah aku dah habis satu semester pengajian master. Sepanjang semester tu aku sikit pun merasakan diri ini di abaikan. Di abaikan dari melakukan perkara-perkara yang aku biasa lakukan, kamera pun seperti lama aku tidak keluarkan dari kotak kering, gambar-gambar tiada yang baru dan menarik sangat. Hanya gambaran yang di tangkap menggunakan kamera telefon bimbit sebagai mengisi jiwa sebagai juru gambar. Alhamdulillah juga semua perkara yang penting dan wajib dipenuhi walaupun agak kelam kabut dan serabut.

Tempat kerja juga melalui perubahan, dari aku di bahagian ini ditukarkan ke bahagian situ dan kemudian ditukar kembali ke bahagian ini. Soal kerja tak pernah habis dan takkan pernah puas, asal sekadar mengisi ruang kehidupan menjalankan amalam dan ibadah kerja untuk meneruskan kehidupan. Asal tak kacau rezeki aku dan gaji aku sudah cukup memadai, walau pun aku ni jenis yang tak mudah puas dengan sesuatu pekerjaan. I want more!

Sepanjang satu semester, aku akui banyak yang aku lalui. Hampir-hampir berhenti dan tinggalkan semuanya kerana aku merasakan seperti tidak mampu untuk lakukan semuanya. Syukur dengan adanya mereka yang menyayangi dan menyokong aku hingga penghabisan. Semoga Allah memberkati mereka dan aku doakan yang baik-baik untuk mereka. Terima kasih kamu-kamu semua.

Dalam kala aku termenung memikirkan kembali hari-hari yang dilalui sebagai pekerja dan pelajar, aku mencari diri sendiri dalam celah-celahan kenangan yang masih aku ingat. Antara keluarga, kekasih, kawan-kawan dan diri sendiri. Bergelumang dengan pertarungan diri sendiri seolah-olah memaki dan menumbuk diri sendiri di dalam cermin. Sakit hati diluahkan, luka tangan dirasai.

Baru-baru ni aku selalu berfikir, fikirkan diri sendiri, fikirkan hala tuju, fikirkan masa depan, fikirkan esok hari yang bakal tiba. Apakah kisah di sebalik malam? Apakah yang menanti tiba? Apakah yang menunggu dan apakah laluan yang harus aku tuju? Tatkala aku bertanya dan berfikir, aku terhenti di tengah jalan. Aku terasakan dunia semakin sempit dan semakin gelap. Gelap kerana aku tidak tahu apakah disebalik malam, sempit kerana aku tidak tahu apa yang aku mahu. Maka aku mengambil buku nota kecil, cuba menulis dan ingat kembali. Soalnya pada buku nota kecilku; Siapakah diri ini? Siapakah aku? Apakah aku? Adakah aku mengenal diri sendiri? adakah aku memahami diri sendiri? Aku tak tahu... dan aku terus menulis di dalam buku nota kecil ku...

Wednesday 30 May 2012

Buktikan kau boleh, cakap banyak tak payah.

Hari ini aku tegur adik perempuan aku. Adik perempuan aku yang baru nak melangkah ke alam kolej.
Setelah tak diterima masuk ke universiti awam sambil dia berkata "yes dah kalahkan ayah". Maksudnya dia dah berkata dengan ayanhya yang dia tak akan diterima masuk ke universiti awam. Aku tak tahu kenapa dia bersikap begitu dan aku tak suka akan berfikiran begitu.

Namun akhirnya tak diterima juga.

Tak apa lah mungkin bukan rezeki dia, maka dia memilih kolej swasta.

Aku tak kisah nak belajar di mana-mana sahaja asalkan niat untuk belajar dan rasa untuk belajar itu wujud dalam diri. Cuma apa yang aku terkilan adalah sikap tidak berpendirian, tidak tahu akan apa yang nak dikejar, dicapai ibarat mengikat kain hitam yang gelap lagi disapu cat hitam hingga hitam pekat menutup mata dan berjalan di atas titian melintasi jurang bukit.

Aku menegurnya akan hal ini,
akan sikap yang tidak berpendirian,
sikap ikut mengikuti.
Sikap Melayu yang turun temurun di jangkiti.

Dia mengharapkan dorongan, pujian dan kata-kata yang mampu memberi senyuman ibarat menepuk di belakang dan mengatakan "ya kamu boleh".

Tapi silap kerana aku bukan begitu. Aku provoke dia dan mencabar dia untuk buktikan bahawa pilihan dia bukan ikut-ikutan bukan kerana di tiup angin dingin yang menakut-nakutkan sehingga menjadi ragu-ragu untuk memilih jalan sendiri.

Aku sendiri sudah lalui, dan aku yakin kebanyakan anda yang membaca sudah pun lalui.
Mungkin yang berbeza adalah masa dan kisah-kisah yang kita lalui.
Dan kisah-kisah itu lah yang membuat kita lebih dewasa.

Tiada dorongan, tiada suapan, tiada dokongan. Semua bikin sendiri, jatuh bangun sendiri, berlari mengelak lopak-lopak kehidupan dan tiupan angin dingin yang menghasut dan memujuk ke arah kegagalan.

Aku provoke dan cabar dia. Biar dia sedar kehidupan akan datang bukanlah kehidupan beruniform dan berbuku teks masuk ke kelas lagi. Kehidupan yang akan datang adalah kehidupan mencari arah dan hala tuju hidup sendiri dimana ketabahan menjadi kenderaan, semangat menjadi minyak dan diri sendiri pengemudinya dan kepercayaan menjadi petunjuk arah.

Aku provoke dia dan cabar dia lagi.

aku mahu dia tahu sekiranya jatuh dan gagal, jangan takut untuk jatuh,
biarlah jatuh setinggi-tingginya kerana ketinggian itu akan membuat kau melantun semula lebih tinggi.

harap tidak menjadi lalang ditiup angin dingin yang menakutkan.

harap dia sedar dan tahu akan hidup ini tidaklah semudah yang disangkakan.

Tapi dengan mengharap sahaja tidak guna, jadi aku terus provoke dan cabar dia.

Lembu lebih baik dari kau

Tak salah kalau aku cakap, org yg selalu bertanyakan kenapa itu kenapa ini, selalu pusing mencari itu dan ini setelah terang-terangan di jelas dan difahamkan sefaham-fahamnya adalah sama dengan bangsa bani Israel. (bkn sebab mmg dia tak fhm tapi buat-buat tak faham dan mencari kesalahan yang tak wujud. Cuma nak menyusahkan dan merumitkan keadaan.)

Mengambil nota di blog Fynn Jamal; *Seperti kisah diwahyukan tuhan kepada bani Israel, minta seekor lembu untuk dikorbankan arahan mudah,tak susah, senang,tak kecah. tapi tak. NAK over analyze juga. "lembu warna apa, lembu yang macam mana, kenapa tak lembu begini, kenapa mesti lembu yang itu". Dasar memang hati batu. tak nak terima benda mudah.ada saja nak cari salah.

Itulah kita.lebih gemar lari dari apa yang haknya. lagi suka benda merapik dari apa yang isinya. Buruk sifat begini, sampai tercipta surah yang khusus bernama baqarah. lembu. demi memperingat kita2 tentang peristiwa ini.

*source: http://puisitepijalan.blogspot.com

Tuesday 29 May 2012

Bitter Sweet

Busy busy busy busy.... lately ni aku tersangat-sangatlah busy. Nak terkejar sana terkejar sini, itu nak kena settle ini nak kena settle... mana satu nak buat dulu pun aku da serabut. Semua kerja urgent. Another few weeks and I'm done with my first semester. Sikit je lagi... sedar tak sedar rasanya macam baru semalam daftar belajar. Disebabkan kesibukan hari-hari, tak terasa waktu yang dilalui. Pejam celik dah nak sampai penghujung. Macam-macam dilalui, macam-macam dirempuh. Hampir-hampir putus asa dan tinggalkan semua. Segala macam rasa ada dalam diri saat ini.

Tak kurang juga dengan kekecohan ditempat kerja gara-gara belajar separuh masa. Segala benda kena dibahagikan, segala perkara kena dikejarkan, segala lelah kena menahan. Bila hampir-hampir tersadung dan jatuh, teringat pesan ibu. Sabar, sabar dan terus sabar, setiap perjalanan untuk kejayaan ada kesusahan yang perlu ditempuhi. Pelbagai macam dugaan dan cabaran perlu dilalui. Kena kuat dan tabah. Aku akui, aku hampir-hampir putus asa dan hampir-hampir meninggalkan semua. Tapi apabila perkara itu terjadi, aku teringat mereka-mereka yang mengatakan aku tak akan berjaya dan tak akan habiskan pelajaran aku. Aku akan tinggalkan dan lupakan terus. Sekiranya itu berlaku, maka mereka akan beratur dan bersorak ejekan dan tomahan sepanjang perjalanan. Aku tak boleh biarkan perkara itu berlaku, aku orang melayu yang kuat asal-usulnya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, genggam bara api biar sampai jadi abu; ini lah kata-kata yang aku pengang untuk motivatekan diri sendiri.

Pernah satu malam aku terduduk di kerusi merah kegemaranku. Sambil termenung dang berfikir, adakah ini penghujungnya? Atau aku perlu teruskan untuk lihat kemana akan diri ini dibawa. Pernah saja aku terlentang terbaring dan biarkan hembusan nafas berlalu begitu sahaja kerana kepenatan dan berfikir; adakah semua ini untuk di gadaikan? Segala masa dan segala penat lelah.

Kemudian aku teringat kembali ayat ini; alang-alang menyeuk pekasam...biar sampai ke pangkal lengan...

Aku bangun, dan aku teruskan membuat kerja ku yang tertangguh...