A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Tuesday 17 July 2012

buku nota kecil

Lama sudah aku tak menjenguk ruangan blog aku. Lama jugak aku tinggalkan semua perkara-perkara yang aku biasa buat. Semua kerana kesibukan kerja dan belajar. Alhamdulillah aku dah habis satu semester pengajian master. Sepanjang semester tu aku sikit pun merasakan diri ini di abaikan. Di abaikan dari melakukan perkara-perkara yang aku biasa lakukan, kamera pun seperti lama aku tidak keluarkan dari kotak kering, gambar-gambar tiada yang baru dan menarik sangat. Hanya gambaran yang di tangkap menggunakan kamera telefon bimbit sebagai mengisi jiwa sebagai juru gambar. Alhamdulillah juga semua perkara yang penting dan wajib dipenuhi walaupun agak kelam kabut dan serabut.

Tempat kerja juga melalui perubahan, dari aku di bahagian ini ditukarkan ke bahagian situ dan kemudian ditukar kembali ke bahagian ini. Soal kerja tak pernah habis dan takkan pernah puas, asal sekadar mengisi ruang kehidupan menjalankan amalam dan ibadah kerja untuk meneruskan kehidupan. Asal tak kacau rezeki aku dan gaji aku sudah cukup memadai, walau pun aku ni jenis yang tak mudah puas dengan sesuatu pekerjaan. I want more!

Sepanjang satu semester, aku akui banyak yang aku lalui. Hampir-hampir berhenti dan tinggalkan semuanya kerana aku merasakan seperti tidak mampu untuk lakukan semuanya. Syukur dengan adanya mereka yang menyayangi dan menyokong aku hingga penghabisan. Semoga Allah memberkati mereka dan aku doakan yang baik-baik untuk mereka. Terima kasih kamu-kamu semua.

Dalam kala aku termenung memikirkan kembali hari-hari yang dilalui sebagai pekerja dan pelajar, aku mencari diri sendiri dalam celah-celahan kenangan yang masih aku ingat. Antara keluarga, kekasih, kawan-kawan dan diri sendiri. Bergelumang dengan pertarungan diri sendiri seolah-olah memaki dan menumbuk diri sendiri di dalam cermin. Sakit hati diluahkan, luka tangan dirasai.

Baru-baru ni aku selalu berfikir, fikirkan diri sendiri, fikirkan hala tuju, fikirkan masa depan, fikirkan esok hari yang bakal tiba. Apakah kisah di sebalik malam? Apakah yang menanti tiba? Apakah yang menunggu dan apakah laluan yang harus aku tuju? Tatkala aku bertanya dan berfikir, aku terhenti di tengah jalan. Aku terasakan dunia semakin sempit dan semakin gelap. Gelap kerana aku tidak tahu apakah disebalik malam, sempit kerana aku tidak tahu apa yang aku mahu. Maka aku mengambil buku nota kecil, cuba menulis dan ingat kembali. Soalnya pada buku nota kecilku; Siapakah diri ini? Siapakah aku? Apakah aku? Adakah aku mengenal diri sendiri? adakah aku memahami diri sendiri? Aku tak tahu... dan aku terus menulis di dalam buku nota kecil ku...

No comments:

Post a Comment