A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Wednesday 30 May 2012

Buktikan kau boleh, cakap banyak tak payah.

Hari ini aku tegur adik perempuan aku. Adik perempuan aku yang baru nak melangkah ke alam kolej.
Setelah tak diterima masuk ke universiti awam sambil dia berkata "yes dah kalahkan ayah". Maksudnya dia dah berkata dengan ayanhya yang dia tak akan diterima masuk ke universiti awam. Aku tak tahu kenapa dia bersikap begitu dan aku tak suka akan berfikiran begitu.

Namun akhirnya tak diterima juga.

Tak apa lah mungkin bukan rezeki dia, maka dia memilih kolej swasta.

Aku tak kisah nak belajar di mana-mana sahaja asalkan niat untuk belajar dan rasa untuk belajar itu wujud dalam diri. Cuma apa yang aku terkilan adalah sikap tidak berpendirian, tidak tahu akan apa yang nak dikejar, dicapai ibarat mengikat kain hitam yang gelap lagi disapu cat hitam hingga hitam pekat menutup mata dan berjalan di atas titian melintasi jurang bukit.

Aku menegurnya akan hal ini,
akan sikap yang tidak berpendirian,
sikap ikut mengikuti.
Sikap Melayu yang turun temurun di jangkiti.

Dia mengharapkan dorongan, pujian dan kata-kata yang mampu memberi senyuman ibarat menepuk di belakang dan mengatakan "ya kamu boleh".

Tapi silap kerana aku bukan begitu. Aku provoke dia dan mencabar dia untuk buktikan bahawa pilihan dia bukan ikut-ikutan bukan kerana di tiup angin dingin yang menakut-nakutkan sehingga menjadi ragu-ragu untuk memilih jalan sendiri.

Aku sendiri sudah lalui, dan aku yakin kebanyakan anda yang membaca sudah pun lalui.
Mungkin yang berbeza adalah masa dan kisah-kisah yang kita lalui.
Dan kisah-kisah itu lah yang membuat kita lebih dewasa.

Tiada dorongan, tiada suapan, tiada dokongan. Semua bikin sendiri, jatuh bangun sendiri, berlari mengelak lopak-lopak kehidupan dan tiupan angin dingin yang menghasut dan memujuk ke arah kegagalan.

Aku provoke dan cabar dia. Biar dia sedar kehidupan akan datang bukanlah kehidupan beruniform dan berbuku teks masuk ke kelas lagi. Kehidupan yang akan datang adalah kehidupan mencari arah dan hala tuju hidup sendiri dimana ketabahan menjadi kenderaan, semangat menjadi minyak dan diri sendiri pengemudinya dan kepercayaan menjadi petunjuk arah.

Aku provoke dia dan cabar dia lagi.

aku mahu dia tahu sekiranya jatuh dan gagal, jangan takut untuk jatuh,
biarlah jatuh setinggi-tingginya kerana ketinggian itu akan membuat kau melantun semula lebih tinggi.

harap tidak menjadi lalang ditiup angin dingin yang menakutkan.

harap dia sedar dan tahu akan hidup ini tidaklah semudah yang disangkakan.

Tapi dengan mengharap sahaja tidak guna, jadi aku terus provoke dan cabar dia.

No comments:

Post a Comment