A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Tuesday 17 July 2012

Penat tapi berbaloi...

Sejak dua menjak (ceh ayat) dua tiga minggu ni merupakan minggu-minggu yang sangat sibuk bagi aku. Terkejar kesana sini. Mana satu nak buat assignment study, mana satu nak selesaikan hal kerja. Aku rasa macam stuck sangat-sangat. Sebulan dua ni jugaklah merupakan bulan diet poket aku kerana terlalu banyak beli buku untuk bahan bacaan research aku. Seriously, aku memang suka buku, suka membaca. Tapi kalau nak duduk buat research...itu memang kes berat sikit pada aku. Tapi sejak aku jadi student balik, sejak aku mula berjinak-jinak balik dengan pelajaran, buku, kelas. Aku akui, membaca itu adalah satu perkara yang boleh mematangkan kita dan boleh membuat kita yang seolah-olah kotak kosong terisi dengan penuh.

*buku-buku yang aku baru shopping untuk research aku...

Kelas pun so far, boooooooleh la....alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Pejam celik, sedar tak sedar dah nak habis semester dah pun. Sekejap je rasa. Mungkin dengan kesibukan yang ada membuatkan perjalanan study ni tak terasa lama sangat macam masa belajar full time diploma dan degree dulu. Tiap malam rabak mata aku mengadap buku dan buat research untuk thesis. Siang pula rabak mata mengadap monitor melayan kerja hakiki. Petang pula rabak lagi sekali untuk kelas... sampai bila satu tahap aku rasa macam dunia ni dah pekak. Satu apa pun aku tak boleh dengar. Aku tenggelam dalam dunia aku sendiri.

* sambil-sambil dengar lecturer lecturing, aku melayang entah ke mana.




No comments:

Post a Comment