A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Tuesday 29 May 2012

Bitter Sweet

Busy busy busy busy.... lately ni aku tersangat-sangatlah busy. Nak terkejar sana terkejar sini, itu nak kena settle ini nak kena settle... mana satu nak buat dulu pun aku da serabut. Semua kerja urgent. Another few weeks and I'm done with my first semester. Sikit je lagi... sedar tak sedar rasanya macam baru semalam daftar belajar. Disebabkan kesibukan hari-hari, tak terasa waktu yang dilalui. Pejam celik dah nak sampai penghujung. Macam-macam dilalui, macam-macam dirempuh. Hampir-hampir putus asa dan tinggalkan semua. Segala macam rasa ada dalam diri saat ini.

Tak kurang juga dengan kekecohan ditempat kerja gara-gara belajar separuh masa. Segala benda kena dibahagikan, segala perkara kena dikejarkan, segala lelah kena menahan. Bila hampir-hampir tersadung dan jatuh, teringat pesan ibu. Sabar, sabar dan terus sabar, setiap perjalanan untuk kejayaan ada kesusahan yang perlu ditempuhi. Pelbagai macam dugaan dan cabaran perlu dilalui. Kena kuat dan tabah. Aku akui, aku hampir-hampir putus asa dan hampir-hampir meninggalkan semua. Tapi apabila perkara itu terjadi, aku teringat mereka-mereka yang mengatakan aku tak akan berjaya dan tak akan habiskan pelajaran aku. Aku akan tinggalkan dan lupakan terus. Sekiranya itu berlaku, maka mereka akan beratur dan bersorak ejekan dan tomahan sepanjang perjalanan. Aku tak boleh biarkan perkara itu berlaku, aku orang melayu yang kuat asal-usulnya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, genggam bara api biar sampai jadi abu; ini lah kata-kata yang aku pengang untuk motivatekan diri sendiri.

Pernah satu malam aku terduduk di kerusi merah kegemaranku. Sambil termenung dang berfikir, adakah ini penghujungnya? Atau aku perlu teruskan untuk lihat kemana akan diri ini dibawa. Pernah saja aku terlentang terbaring dan biarkan hembusan nafas berlalu begitu sahaja kerana kepenatan dan berfikir; adakah semua ini untuk di gadaikan? Segala masa dan segala penat lelah.

Kemudian aku teringat kembali ayat ini; alang-alang menyeuk pekasam...biar sampai ke pangkal lengan...

Aku bangun, dan aku teruskan membuat kerja ku yang tertangguh...

No comments:

Post a Comment