A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Tuesday 3 April 2012

Soul of Pangkor

Beberapa hari yang lepas aku pergi ke Pulau Pangkor. Ya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki aku di sana. Tujuan aku pergi kesana adalah kerana aktiviti kelas aku. Kami semua satu batch ke sana dengan tujuan belajar dan mendedahkan diri dengan pengalaman yang sangat best. Buat research, masuk hutan, buat observation, buat drawing kat tengah-tengah panas, terbuka luas di public. Tapi semua tu bagi aku adalah pengalaman yang sangat best. Sebab pada mereka yang tak pernah buat drawing depan orang ramai, rasakan perasaannya. Sebagai student master, pendedahan macam ni memang patut pun dirasai.

Seperti biasa aku dengan kamera aku memang tak boleh nak dipisahkan. Kemana sahaja aku pergi aku akan bawa, walaupun kamera kompak sekali pun.

My expectation meleset sekali. Pulau yang aku rasakan best rupanya tak berapa nak best. Dengan tahap kebersihan yang sangat mengecewakan. Boleh pulak depan mata aku, ada sebuah kereta wira berhenti depan jeti tempat pelancong tiba. Dengan selambernya dia turun buka bonet belakang dan keluarkan sampah sarap dalam plastik, lepas tu dia buang kat luar depan jeti tu. Padahal tong sampah di sebelah je. Nampak sangat minded orang-orang disitu macam mana. Bukan sekali dua je yang aku nampak macam tu. Sepanjang 4 hari 3 malam disitu, berkali-kali aku nampak kejadian sebegitu. So sad... hope they will do something about this because Pangkor is such a beautiful place and such a great island with lot's of its own story and history.

Ok stop membebel. Aku nak share gambar-gambar yang aku snap. Hitam putih la tapi, kena denga ntajuk aku " soul of Pangkor". Kat pulau ni famous dengan tangkapan ikan dan ikan-ikan kering dan juga soton-sotong kering. So hope you guys enjoice.










kalau nak tengok lebih lagi, boleh tengok di facebook aku. Nanti ada masa aku upload lagi gambar-gambar yang lain.  


No comments:

Post a Comment