A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Sunday 8 April 2012

Penat, resah, lelah semua ada. Selepas berhempas pulas selama berminggu-minggu uruskan kerja hakiki dan study memang aku akui. Tak semudah yang disangkakan... seperti mak aku cakap sebelum ni dan tanya berkali-kali; "betul ke nak sambung study sambil kerja? betul ke? dah ready ke? Nak sambung  master ni sambil kerja bukanlah perkara yang mudah. Kena mentally ready dan fizikal pun kena kental". Ya ibu, memang betul pun apa yang ibu cakapkan tu. Penatnya hanya sesiapa yang dah berjaya lalui je tau. Terkejar sana terkejar sini, nak uruskan bila nak cuti bila nak kerja, bila nak pergi kampus bila nak buat assignment bila nak stay up kat office buat kerja office...penat weiiii....

Pagi bangun pergi kerja dari jam 8.30 sampai 5.30, lepas tu rushing kejar LRT at 6pm. 6.30pm kelas start. Ambil masa lebih kurang 45minit dari Sri Rampai ke Petaling Jaya (Taman Jaya). Bila dah sampai kena tahan teksi pula untuk ke kampus yang terletak di jalan Othman PJ. Teksi untuk pergi tak menjadi masalah sebab tersusun teksi kat bawah stesen LRT. Nak balik tu jadi satu hal kena tunggu teksi lalu dan tahan atau bas. Itu pun kalau kelas habis awal aku boleh la naik bas. Kalau lambat kena la aku kejar sebelum 11pm sebab last train is at 11pm. Sampai rumah dalam jam 12am lebih... lepas tu pengsan kat rumah. Kalau larat aku sambung lagi kerja kat rumah. Fuhh....penat... dua tiga minggu permulaan memang sangat penat. Sekarang dah masuk minggu ke-5, so far alhamdulillah berjalan lancar... kalau ada pun mungkin tertinggal nota atau kurang faham. 

Tapi apa-apa pun semua ni aku anggap cabaran. Cabaran yang akan aku kenang sampai bila-bila terutama sekali bila aku dah graduate nanti. Can't wait to get up there and get my degree master in hand. If Allah permits me, insya'allah habis master terus sambung PhD. Amin...

"When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile"






No comments:

Post a Comment