A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Sunday 25 March 2012

So why bother belajar lama-lama? Just do it...NOT

Seni, grafik dan fotografi. Bukanlah sesuatu yang asing pada aku. Ia adalah sesuatu yang bagaikan sebahagian dari jiwa aku. Aku bertungkus lumus dari mula sampai habis, bertahun-tahun pengajian aku lalui untuk mendapatkan ilmu dan pengiktirafan. Bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi apa yang aku sedih ( blh ke kata sedih? Tak terfikir perkataan lain selain sedih) adalah industri di negara sendiri.

Terlalu banyak propa dan terlalu banyak mengikut-ngikut. Kalau dahulunya jawatan Art Director itu untuk sampai ketahap itu sahaja perlu pengalaman bertahun-tahun lamanya. Perlu ada ilmu dan pengalaman yang cukup solid untuk sandang title tersebut. Gajinya pula lumayan. Teringat rakan mak yang ber title 'Art Director' di syarikat bernama Avon. (But now he's a Creative Director working in UK) The job and the title is a big deal. Gajinya...fuh... lebih dari 7 angka. Orang respek and looked up on him. For him to get up there with that prestige title, its not an easy road. Bertahun-tahun pengalaman, bergunung ilmu dia belajar, berhempas pulas just to be on that position.  But compare to now... baru je grad da boleh dapat title AD (art director). Cukup 2-3 bulan da blh dpt CD (creative director). Tapi kualitinya? haizz.... maka gajinya pun merudum ke bawah... habis kuat pun dlm beberapa ribu je. Tak lebih pun 4 angka.

Kalau dahulu orang kata bidang art ni tak ada masa depan, tak menjamin apa-apa. Dalam kepala dorg; art adalah seperti mereka-mereka yang duduk di Central Market bersama kanvas dan berus. Tapi sekarang? Berduyun-duyun melimpah-ruah orang yang belajar art. Tak kisahlah graphic ke, fine art ke, fashion ke, ape ke. Semua nak jadi 'artist'. Sehinggakan bidang art ni dah jadi bidang yang untuk mereka yang tidak boleh nak ceburi atau mencuba bidang lain. So marilah belajar art, senang, xada kira-kira, tak ada exam dan hanya melukis-lukis. You fail math? Learn art. You fail fizik? kimia? Sejarah? Pergi belajar at. Mudah bukan? NOT! You're wrong. So totally wrong.

Kalau dah tangan tu keras macam kayu, pemikiran pun tak kemana tak guna jugak. Jadinya bila ramai graduate art sebegini yang dilahirkan, maka makin jatuhlah kualiti student art... bila jatuh kualitinya jatuh pula pendapatannya... Bila jatuh pendapatannya ramailah yang terdesak untuk dapatkan job sehingga memotong job orang lain dan menurunkan harga dengan harga yang amat (mungkin agak keterlaluan perkataan ini tapi ada aku kesah?) bodoh. Ada ke patut buat design amik upah RM30 ?? Come on la...

Tidak kurangnya dengan fotografi... Bukan susah sekarang nak bergelar fotographer. Sangat mudah. Begini caranya; beli sebuah kamera cukup dengan segala peralatannya, (jangan risau, buat loan boleh, bayar ansuran boleh, kad kredit pun boleh), ambil beberapa gambar diri sendiri bersama kamera, pergi ke kedai buat name kad dan print disitu 'photographer'. Selesai! Anda adalah seorang photographer. Tak perlu seperti kami yang bertungkus lumus membina nama dan belajar bertahun-tahun untuk capai ke tahap itu. Dan perkara terakhir anda perlu lakukan ialah mencari job. Mudah, iklankan servis anda dengan harga yang sangat murah. Murah teramat sangat-sangat. Bawah 500 with complete pakej. Cukup. Serta merta anda telah menjadi 'pro'.

Mudah kan? So why bother belajar lama-lama? Just do it!

*Picture source- unknown

No comments:

Post a Comment