A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Sunday 25 March 2012

Im harvesting a sweet memories

Sejak dua menjak aku mula pengajian aku ke peringkat Master, banyak perkara yang aku pelajari dan lalui. aku mula belajar susah sekali lagi dan mengakui akan belajar sambil berkerja bukan lah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Sehabis waktu kerja aku akan bergegas mengejar LRT dan setelah aku naiki LRT, ada lebih kurang 45 minit pelajaran. Cukup-cukup waktu untuk aku ke kampus dimana 45km jauhnya dari tempat kerja aku. Pilihan aku LRT kerana aku tak mahu sangkut jem diwaktu orang ramai bergegas pulang ke rumah dan sangkut jem setempat selama berjam-jam. Sesampainya aku stesen LRT yang aku tuju, terus aku berlari mengejar teksi untuk ke kampus. Kesudahannya aku tetap kelewatan ke kelas. Tapi takpe, alasan aku kukuh. Lagi pun aku student part time. Terkecuali disitu akan hal masa.

Begitu juga dengan assignments, bila kalanya nak buat kerja sekolah dan bila kalanya nak buat kerja hakiki? Bila kalanya terpaksa mengambil cuti dan terpaksa meninggalkan kelas. Semua ini pada aku adalah cabaran dan ujian.

Jauh sekali akan keadaannya berbanding dengan tempat belajar aku dahulu kala. Perbezaan swasta dan awam... dahulunya aku belajar di sebuah kolej swasta, dari mula diploma hinggalah ijazah. di peringkat Master ini pula aku pilih untuk ke kolej awam. Di mana tempat saudara mara aku termasuk mak aku pernah graduasi di situ. Jadi kisahnya bagaikan aku menyambung tradisi keluarga mewakili generasi terkini mejalankan pengajian disitu. Dan mak aku pun berkata "akhirnya, masuk jgk ko blaja kat situ ya". Aku pun tersenyum bersahada dan mengangguk kepala tanda setuju dgn statement dia.

Dan bermulalah kisah baru aku sebagai student. Seperti yang aku inginkan, naik lrt, rileks, pakai headphone layan lagu sementara nak tunggu sampai. A real student life. Tidak seperti kebanyakan yang bermanja mahu memandu ke kelas, miliki mobil sendiri yang gah, dihantar dan cukup semuanya. Aku pilih jalan ini kerana aku ingin mengerti akan erti kesusahan dan erti menghargai sesuatu usaha itu. Dan bila aku graduate nanti akan ku kenang segala perjalanan dan susah payah yang dilalui. Im harvesting a sweet memories for me to remember when I'm old.






No comments:

Post a Comment