A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Sunday 25 March 2012

Bagaikan anjing menyalak tidak ketahuan akan hal disebelah

Baru-baru ni aku menukar kapal... Ya, kapal yang sudah lama aku layari dan menakhodakan. Akhirnya aku akur dan bertukar kapal. Kapal yang aku maksudkan ni bukanlah kapal yang berlayar di lautan. Tetapi sesuatu yang aku dah lama bersama dan akhirnya aku berubah ke arah yang lain. (sekali lagi, bukan kapal atau pun pasangan yaa) Yang aku maksudkan adalah sejenis jenama yang aku selalu gunakan untuk kerja-kerja aku, iaitu jenama kamera. Setelah bertahun-tahun aku menggunakan jenama ini terasa seolah-olah sudah sebati dengan jiwa aku. Namun aku akur dengan kata-kata yang pernah ku dengar dari seorang guru yang aku segani. Katanya; " kalau nak menjadi 'master' dalam sesuatu bidang itu, kau kena master semuanya. Baik dari segi peralatan, skill dan ilmu". Jadi aku anggap ini adalah sesuatu langkah untuk ke arah itu.

Tapi aku perasan, ada yang mencebik dan ada yang menjauhkan diri setelah aku bertukar kapal. Aku tak tahu apa masalah mereka sehinggakan mereka menilai sesuatu itu melalui apa yang kita ada dan apa yang kita gunakan. Apa ada perbezaankah dengan apa yang kita gunakan? Andai aku guna jenama A dan kau guna jenama B maka kita tidak sehaluan? Padahal kita dalam satu bidang yang sama. Agaknya yang jadi isu sebenar adalah "maaf jenama aku tak boleh ngam dgn jenama kau, maka kita tak boleh berkongsi peralatan dan bertukar-tukar". Aduyaii....

Walau bagaimana pun, penghijrahan ini bukanlah kerana aku merajuk (sebab hantar pergi servis berbulan-bulan baru nak siap. Servis biasa je pun. Mereka perlu perbaiki kelemahan ini), atau pun kekurangan dari segi kualiti. Penghijrahan ini hanyalah untuk mencuba sesuatu yang baru... Benar kata-kata ini; "belum cuba belum tau". Jadi untuk mengelakkan diri ini jatuh menjadi golongan 'bagaikan anjing menyalak tidak ketahuan akan hal disebelah' (merujuk kepada mereka yang selalu membuat andian dan menjatuhkan hukum bila sendiri tidak ketahuan akan hal sebenarnya). Aku mencuba dan aku akui ianya adalah sesuatu yang baru.

Selamat tinggal Canon dan selamat datang sahabat baru Nikon.

Jadi pada mereka yang terlalu 'bias' dengan akan hal jenama mana bagus, kau Canon aku Nikon kita tak boleh geng, aku lagi bagus dan kau tak bagus, aku lagi hebat dan kau tak hebat. Jangan jatuh hukum sebelum mencuba sesuatu atau mengetahui akan hal sesuatu itu dengan sendirinya. Choba dulu baru tau der ...

Ada kalanya kita perlu mencuba dan terus mencuba sesuatu yang baru dan berlainan demin mencari keserasian dan jiwa yang serasi dengan jiwa kita... mungkin Canon dan Nikon tak serasi dengan anda, maka anda serasi dengan Hasselblad? Then go on for a Hasselblad (wah...)


 Amekkau, tak payah nak bias sgt. Semua sama je, yg berlainan tu adalah bagaimana kau menggunakan kamera dan apakah yang kau hasilkan dengan kamera itu. Chase Jarvis yang hebat tu pun boleh ambil gambar yang hebat dengan menggunakan camera Lego je.  
(Tak kenal Chase Jarvis? Memang sah kau bukan photographer)


No comments:

Post a Comment