A day dreamer, a person that lives in moderation and artistic at all moment. My grammar and spelling is complete sh*t and new to blogging. Sama jugak dalam Bahasanya, ayat aku mungkin berterabur, mungkin tidak bermakna. Layan je la.. Aku tak pandai berkata-kata, aku tak pandai menyusun ayat, cukup hanya ekadar berkongsi, sekadar renunang, sekadar bercerita...

Pages

Tuesday 17 April 2012

Fuji X100 - cinta pandang pertama

Zaman sekarang ni kebanyakan orang miliki DSLR sendiri, Canon ke, Nikon ke. Sony, Olympus dan banyak lagi. Kalau di ingat balik zaman dulu masa aku study, sesiapa yang miliki DSLR memang gempak dan serta merta dilabel pro. Dahsyat. Sebab masa tu DSLR memang mahal, tak ada macam sekarang orang boleh bayar ansuran, buat loan. Dulu kena bayar cash. Takde cash pakai kad kredit dan hanya yang betul-betul tahu guna je yang beli. Kamera DSLR pertama aku adalah Canon D350, masa tu dalam 3 ribu lebih. Bayar cash setelah bertahun-tahun simpan duit. Sekarang buat loan je, pakai kad kredit je...hebat. Zaman sekarang lambakan DSLR merata-rata, dah jadi macam trend. Secara tak langsung semua orang jadi gear head. Bila pergi mana-mana mesti ada yang sembang pasal kamera, pasal lens, sapa punya lagi besar, lagi panjang (opss, im talking bout lens ya) Ceruk mana je mesti ada orang yg pegang DSLR. Baru-baru ni aku mencari sebuah kamera untuk menggantikan DSLR aku. Sebuah kamera yang tak la besar gabak sangat macam DSLR tapi kualiti sebagus DSLR. Aku mencari kamera yang boleh aku bawa kemana sahaja dan tak membuatkan aku rasa kekwat membawa kemana-mana tanpa ada orang yang datang bertanya aku jenis apakah kamera yang aku sedang guna, atau perasaan mata mengular-gular melihat aku memegang kemera yang gabak besau bersarung lensa bergelung merah. Aku perlukan sesuatu yang kecil, yang boleh aku mengambil gambar dengan selambernya tanpa fikirkan semua tu. Mungkin yang boleh masuk dalam poket.


Setelah aku meneliti dan teliti, aku sangkut dengan kamera yang biasa aku dengar. Yang selalu orang sebut-sebut, seperti; Canon G12, Lumix GF, Nikon J1, Olympus PEN dan Sony NEX. Dalam aku mencari-cari, aku perasan yang aku juga mahukan kamera yang ada style tersendiri. Jadinya, apabila Fujifilm announce kamera baru fixed-focal length, lens tak boleh tukar-tukar dengan design retro yang ohsem win dengan teknologi yang terbaru dan sensor yang besar iaitu X100. Terus aku tersenyum dan tahu exactly jenis kamera yang aku tercari-cari. Its like a love at first sight.


Fujifilm X100, kamera 12.3 megapixel, sensor APS-C CMOS (ape tu? tanya google) dengan focal tetap 23mm, lensa F/2 bersamaan dengan 35mm. Tapi apa yang paling menarik selain design dan sensor adalah viewfinder hybridnya. Gila ohsem. Macam boleh dunia ni ada dua alam bila on hybrid viewfinder. Gabungan optikal biasa dengan optikal elektronik. Resultnya sangat amazing.


Tapi aku bukan nak sembang pasal aspek teknikal kamera ni. Semua ni kau orang boleh tanya Google. Apa yang aku nak sembang pasal kamera ni adalah perasaan yang kau orang akan rasa bila guna kamera ni.

Bila pertama kali pegang X100 dalam tangan, akan terasa perasaan sesuatu yang sangat solid dalam tangan. The camera build is totally amazing with a highly detail. A very excellent craftsmanship indeed.


Lepas tu akan perasan setiap butang dan setiap fungsi berada di tempat yang sepatutnya untuk jari berirama dan bermain. Kalau pada mereka yang pernah dan biasa menggunakan kamera filem, kamera manual sepenuhnya. Kamera ini akan rasa seperti memang diciptakan khas untuk anda, seperti aku (wah nak jgk enter frame). Pada pertama kali aku menggunakan kamera ni, terus mengimbau balik kenangan masa aku guna kamera filem dulu… tapi kalau yang tak pernah guna kamera filem… memang akan terkial-kial. Walau pun ianya digital sepenuhnya, tapi perasaan retro ala-ala filem tetap ada.


Personally, pada pendapat aku… aku rasa kamera digital SLR (DSLR) yang besar gedabak tu ada gab yang sangat besar perasaannya antara pemilik dengan kamera. Kurang soul…atau takde soul langsung (bukan soul korea, aku tembak krg). Atau dalam bahasa melayunya 'tak ada jiwa'. Nak operate DSLR rasa macam bawak keretapi stim, manakala operating X100 rasa macam bwk mini cooper lama yang bumbungnya boleh bukak, rileks je. (apejela aku merepek ni)


Viewfinder hybrid adalah suatu…ermmm macam mana nak cakap… satu ciptaan yang innovasi? Skema la pulak bunyinya… macam ni la…lebih kurang perasaan macam tengok tv 2d dengan tv 3d. Bila tgk 3d rasa mcm dalam dunia lain. Lebih kurang macam tu la….cuma bukan 3d pun kamera ni… Bila on je EVF (electronic viewfinder) terus macam tgk dunia ni dalam full HD. Bila off EVF, balik ke pandangan asal. 


Walaupun X100 aku sembang macam bagus je atau perkataan lain; cambest je… tapi tetap ada jugak kekurangannya. Paling ketara sekali sistem autofokusnya. Kalau dah biasa guna DSLR, memang ketara sangat la bezanya. In fact, macam tak adil pulak nak bandingkan dengan DSLR. Tapi nak dptkan gambaran, amik contoh DSLR la… Kalau ada peluang shoot dengan Canon 5D Mark II (atau Mark III yang terbaru) dan tau macam mana fungsi AF system berfungsi. Percayalah, bila aku kata X100 memang teruk.Shot dengan bukaan aperture besar guna DSLR memang tak ada masalah, tapi kalau shoot dengan X100, akan jadi masalah sikit. Baik suruh subjek tu duduk diam-diam, jangan bergerak, tahan nafas sebab kalau subjek bergerak sikit je, memang akan lari fokus. Bukan subjek yang sharp fokus, background yang sharp fokus.


Fokus manual memang tak boleh diketepikan. Bila cuba fokus secara manual, boleh tahan jugak la susahnya nak dapatkan fokus yang sharp dan cun. Berjanggut jugak nak pusing-pusing sampai betul-betul dalam fokus. Tapi kalau belasah dalam F11, gambarnya memang superb. Tapi kalau cuba dengan F2 memang xberapa nak sharp la fokusnya. Logik la kan…lens pendek, bukaan besar. Memang gitu la hasilnya (kalau kau ada basic foto kau faham apa maksud aku)


Masa mula-mula keluar kamera ni, ada banyak masalah. Masalah software, masalah sistem, kamera lambat sangat nak starting. Tapi sekarang, setelah keluar update untuk firmware. Kamera ni smooth je fungsinya. Xde perubahan besar, tapi amat puas hati.

Walau apa pun, kena ingat juga that the fact that this is cubaan pertama Fuji dengan kamera kompak yang serius. Bila dah guna, dah belek-belek, da merasa. Kau akan tahu yang kamera ni ada kelas tersendiri… nak beli Leica M9 tak mampu, so yang ni paling terdekat dengan Leica M9.


Sebagai photographer, aku berpeluang cuba banyak jenis kamera.

Tapi tak ada satu pun yang brings me more joy to do the simple act of shooting macam mana aku rasa bila guna X100.


Design gang retro, ala-ala camera filem yang berdiri dalam kelas tersendiri. Memang aku rasa selesa dengan kamera ni. Rasa seronok sangat. Teringat masa zaman filem bergulung-gulung.

So, adakah Fuji X100 ni kamera yang terbaik dan sempurna? Tak. Jauh sangat dari yang terbaik dan sempurna. Tapi it does offer something perasaan yang tak dapat digambarkan.


Macam ni la… anggap mencari kamera yang betul-betul serasi dengan kita dan kamera yang ada soul tu macam mencari cinta hati dalam kehidupan.  Pasangan yang kita pilih tu tak semestinya sempurna, tapi sebab dah jatuh cinta seadanya, semua kekurangan tu xternampak,  tak terasa  pun dan akhirnya you end up with endless days of joy.

Itu lah yang aku rasakan dengan Fujifilm X100


** gambar shot menggunakan Nikon D700/50mm 1.4

1 comment:

  1. comel n hensem sungguh kmera tu...
    *jelesssssss

    ReplyDelete